Asia-PasifikMediterranean dan Timur TengahKempen lainRampasan kuasaRampasan kuasa Yugoslavia berlaku pada 27 Mac 1941 di
Belgrade,
Kerajaan Yugoslavia, apabila
Majlis Pangkuan Diraja pimpinan
Putera Paul dari Yugoslavia telah digulingkan dan Raja
Peter II mengambil alih pemerintahan. Ia telah dirancang dan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai nasionalis-
Serbia Tentera Udara Diraja Yugoslavia yang pro-Barat pimpinan panglimanya, Jeneral
Dušan Simović, yang telah dikaitkan dengan beberapa plot putsch dari tahun 1938 keatas. Brigedier Jeneral Tentera Udara
Borivoje Mirković, Mejar
Živan Knežević dari
Pengawal Diraja Yugoslavia, dan abangnya
Radoje Knežević adalah penganjur utama untuk menggulingkan kerajaan. Selain Radoje Knežević, beberapa pemimpin awam lain mungkin menyedari plot tersebut sebelum ia dilancarkan dan mula menyokongnya setelah ia berlaku, tetapi mereka bukanlah antara penganjur.
Parti Komunis Yugoslavia tidak memainkan peranan dalam kudeta ini, walaupun ia memberikan sumbangan yang signifikan terhadap demonstrasi jalanan besar-besaran di kebanyakan bandar-bandar yang menandakan sokongan rakyat kepadanya setelah ia berlaku. Putsch berjaya dan menggulingkan tiga anggota majlis pangkuan diraja: Putera Paul,
Radenko Stanković and
Ivo Perović, dan kerajaan Perdana Menteri
Dragiša Cvetković. Dua hari sebelum penggulingan mereka, kerajaan Cvetković telah menandatangani Protokol Vienna mengenai Penerimaan Yugoslavia ke dalam
Pakatan Tiga Pihak (Paksi). Kudeta telahpun dirancang selama beberapa bulan, tetapi penandatanganan Pakatan Tiga Pihak mendorong penganjur untuk melaksanakannya, digalakkan oleh
Eksekutif Operasi Khas British.Para konspirator tentera mengembalikan kuasa kepada Raja Peter II yang berusia 17 tahun, iaitu orang yang mereka isytihar cukup umur untuk ambil alih takhta, dan sebuah kerajaan perpaduan nasional yang lemah dan berpecah-belah telah dibentuk dengan Simović sebagai perdana menteri dan
Vladko Maček serta
Slobodan Jovanović sebagai timbalan perdana menteri. Kudeta ini telah menyebabkan kuasa Paksi pimpinan
Jerman untuk
menceroboh Yugoslavia. Kepentingan putsch dan pencerobohan berikutnya telah menunda
Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan Paksi ke atas
Soviet Union, masih terbuka untuk dibahaskan. Pada tahun 1972 sejarawan tentera
Martin van Creveld menolak idea yang menegaskan bahawa pencerobohan Yugoslavia sebenarnya membantu dan mempercepatkan kempen Balkan secara keseluruhan, dan bahawa faktor-faktor lain menentukan tarikh permulaan Operasi Barbarossa, akan tetapi penemuan terkini oleh Profesor
Craig Stockings dan Hancock telah menyimpulkan yang Operasi 25, (pencerobohan Yugoslavia) sedikit sebanyak menyumbang kepada kelewatan pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union.